Friday, January 15, 2010

AF Datang Lagi




Salam,
AF 8 bakal menjelang tak lama lagi. Pada AF yang lepas Boy berpeluang menjadi salah seorang make up artist untuk para artis AF. Pengalaman yang memang berharga buat diri Boy. Harapan Boy pada tahun ini agar dapat peluang sekali lagi untuk AF 8 pula.




Sunday, January 10, 2010

Selesai 1 perkara.....


sesudah dimekap


yang ni sebelum



sesudah


sebelum

Salam semua...

Fuhh! Lega dah selesai....itu aje yang mampu boy katakan pada waktu ni.

Mesti semua tertanya-tanya, apa yang dah selesai? Lain kali je la Boy bagi tau (hahaha saja buat gempak). Sebenarnya bukan apa, cuma Boy baru selesai buat majlis tahlil arwah atuk dan doa selamat & majlis perasmian butik pengantin Boy malam Sabtu yang lepas. Tahlil arwah atuk dan doa selamat diadakan di surau, jamuan makannya pula di kedai makan sebelah butik Boy ni....(gambar boy akan update kemudian ye).
Selesai sudah bab perasmian dan doa selamat. Ye la, masa ni je la yang Boy baru ada masa terluang. Faham-faham je je la kalau cuti sekolah memang tak menang tangan mengandam pengantin....
Boy dah upload beberapa gambar pengantin yang Boy pernah mekapkan. Sila jamu mata dulu ok, yang lain-lain akan di upload kemudian....see ya later!! TATA

































































































Friday, January 8, 2010

Hi uols!

Salam & Selamat Sejahtera,
Terima kasih kerana sudi ke blog Boy ni. Hari ni Boy akan memperkenalkan diri dulu, esok-esok baru Boy akan masukkan gambar-gambar dan servis yang Boy tawarkan.
Boy ialah seorang make up artist dan berpengalaman dalam bidang ni lebih dari 8 tahun. Bermula hanya sebagai pembantu kepada kakak angkat Boy yang merupakan seorang mak andam. Atas dorongan beliau dan juga minat Boy dalam bidang ini, kini Boy telah mempunyai sebuah butik pengantin yang diberi nama 'BOY ARTISTIC TEAM'.
Boy berpengalaman sebagai make up artist untuk drama tv, majalah dan juga Akademi Fantasia.
Cukup setakat ini buat masa ini. Boy akan menulis lagi dan masukkan gambar-gambar seperti yang dijanjikan....insyaallah